Thursday, May 16, 2013

Beringat!!

Terdetik untuk merungkap sesuatu yang bermain dalam benak hati..
Sebagai seorang manusia biasa pasti tidak lari dari melakukan kesilapan..
Allah maha pengampun lagi maha pengasihi..
Aku dengan beraninya serta mengakui manusia paling dekat denganNya bila ditimpa kesusahan atau musibah atas dirinya..aku akui aku antara golongan yang kurang ilmu dan iman dihati namun sentiasa beringat akan kewujudanNya..Alhamdulillah..
Bila berbicara tentang hijrah..terdetik dalam hati sudah cukupkah amalku untuk ke syurga?diterimakah taubatku sepanjang aku bersujud padanya?berapa banyak dosakah yang telah aku lakukan? Mana yang berat dicatit? Sebelah kanankah atau sebelah kirikah?ngerinya bila berfikir tentang akhirat..ngeri bila sebenarnya mengetahui sememangnya amal ibadah yang dilakukan belum cukup untuk membawa kaki kesyurga..

Lihat saja cara pemakaianku..walaupun bertudung tapi belum sempurna..aku tahu itu..
Lihat saja caraku berpakaian..menutup aurat namun belum sepenuhnya dan sebenarnya borbogel dimata Allah..aku tahu itu..
Lihat saja caraku beribadah..belum cukup lima namun tidak sedikitpun takut atas hukumannya..aku tahu itu..
Lihat saja hubunganku antara ibu bapa..masih ada ciri-ciri anak durhaka namun masih tidak menghiraukannya..aku tahu itu..
Lihat saja caraku dan pasanganku..tahu bahawa itu haram namun masih jua diteruskan walaupun sekadar dosa kecil..aku tahu itu..
Lihat saja cara mataku memandang..tahu tentang hukum memandang namun masih mataku galak memandang..aku tahu itu..

Sedar akan semua yang berlaku disekeliling namun masih jua mengambil leka semuanya..masih lagi berlagak selamba..jika aku mati esoknya mungkin aku ditempatkan dineraka kerna sedar akan kekurangan diri namun tiada tindakan yang diambil..walau aku kesyurga mungkin antara golongan yang terakhir ke syurga..
Ya Allah sesungguhnya hambamu bukan lupa..bukan tidak ingat namun hambamu leka akan keseronokan dunia..dibuai enak oleh hasutan syaitan lakhnatullah..sungguh bijak para iblis menghasut umatmu..sedangkan Nabi Adam pun boleh termakan hasutan apa lagi kami hamba-hambanya yang memang tiada tempat dihatimu..
Mungkin orang berkata syukur sebab ada keinsafan untuk berubah namun bilakah langkah kesedaran itu akan bermula..adakalanya tekad untuk berubah namun akhirnya kalah dan tewas dengan hasutan..

Sesungguhnya aku takut akan pembalasanmu..
Sesungguhnya aku takut azab api nerakamu..
Sesungguhnya aku belum bersedia menghadapmu..

Aku yakin..engkau maha pemurah..engkau maha pengampun..engkau maha mendengar.. InsyaAllah..insyaAllah 'Hijrah' yang tawaduk pasti tiba..pilihlah sahabat yang boleh membawa kita sama kesyurga..kerna dari pergaulan antara sahabatlah lahirnya sikap sebenar kita..
Aku bukan berkata dari apa yang dilihat..aku berkata dari pengalamanku..

Andai kata kau bersahabat dengan pencuri..jika imanmu tidak sekuat hatimu nah jadi juga lah kau si pencuri..
Andaikata kau bersahabat dengan mereka yang tidak meninggalkan dan melengahkan solat..dimana saja kau berada akan dicari dan dicuri masa untuk bersolat walau ketika berbeli belah..
Andai kata kau bersahabat dengan si pengumpat..nah yang pasti tanpa kau sedari kau turut sekali mengumpat walaupun hanya seketika kau mencelah..

Aku seringkali berfikir..aku tahu namun aku sentiasa memandang remeh..anda pula bagaimana?? BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

No comments:

Post a Comment