Friday, February 22, 2013

Next step..

Dalam sesebuah relationship ikatan pertunangan adalah merupakan jambatan untuk sesebuah pasangan untuk hidup bersama..dan perlu di ingat dugaan semasa bertunang adalah amat berat dan ia adalah salah satu tempoh pasangan mengenali sikap sebenar pasangan masing-masing..bukan senang nak mengekalkan sesebuah ikatan dan dugaan yang Allah berik semasa tempoh bertunang lebih berat dari tempoh bergerek..apa yang perlu ada dalam setiap hati seseorang individu ya adalah kesabaran dan kepercayaan yang tinggi..tanpa kesabaran dan kepercayaan yang tinggi tempoh pertunangan mungkin singkat dan akan berakhir dalam sekelip mata..

Apa yang menjadi isu sekarang tok ialah perkara bertunang sekejap dan kemudian putus tunang sudah seperti perkara biasa dan boleh dikatakan ia menjadi mainan bagi zaman sekarang. Jika di tanya apalah punca putus tunang selalunya jawapan yang sama diber iaitu tidak serasi dan pasangan tidak dapat memahami antara satu sama lain. Persoalannya sekarang, kenak masa bergerek atau berkawan bertahun lamanya boleh bertahan dan boleh jak memahami antara satu sama lain dan kenak dalam tempoh ikatan ya sik dapat bertahan sedikitpun dengan pasangan masing-masing.

Okayy..berapa lamak tempoh bertunang yang baik dalam perhubungan?macam. Macam my own brother nya ngan bininya kinek tok ambik tempoh setaun bertunang then kawin terus. Mun ekot adik my boifren 6 bulan jak tempoh tapi ya pun banyak bena kontreversi eh. 3 bulan mungkin okay tapi persiapan untuk ke peringkat seterusnya ya agak singkat eh. Tapi sik menjadi masalah dan berbalit kepada kesabaran dan keenjoyian membuat persiapan.

Kesimpulannya bagi yang akan bertunang atau tengah bertunang kesabaran, kepercayaan dan kefahaman ya sangat penting dalam diri setiap individu. Jangan mudah melatah dan mengalah sekiranya ada masalah yang timbul. Duduk bersama dan berbincang bersama. InsyaAllah segalanya diberkati dan berjalan lancar..aminn..

No comments:

Post a Comment