Persaingan adalah satu perkara yang sihat dalam kehidupan namun setiap persaigan haruslah sentiasa sihat dan tidak merosakkan hubungan antara satu sama lain. Terdapat pelbagai jenis persaingan dalam hidup. Pendek kata sejak kecil lagi kita diajar untuk bersaing antara satu sama lain.
Bersaing untuk menjadi yang terbaik di dalam
Kelas sudah dilatih dalam diri kita sejak kecil lagi. Berebut-rebut untuk menjadi yang terbaik dan berada di tangga teratas di dalam kelas adalah salah satu persaingan sihat dan digalakkan dalam islam. Namun sekiranya persaingan itu ditambah dengan perkara buruk seperti meniru di dalam peperiksaan untuk mendapat markah yang tinggi menjadikan persaingan itu tidak sihat dan memudaratkan perhubungan antara satu sama lain. Kenapa perlu bersaing secara tidak sihat?megapa perlu berbuat pekara yang buruk untuk mendapat tempat yang baik di dalam kelas. Ia bukan sahaja mengeruhkan perhubungan namun menambah lagi dosa si peniru.
Dalam menempuh alam pekerjaan juga persaingan diperlukan. Bersaing untuk menghasilkan kerja yang terbaik untuk kerjaya. Berebut untuk menjadi ketua dalam sesebuah organisasi juga memerlukan persaingan sihat. Pada masa sekarang, banyak persaingan yang kurang sihat berlaku dimana-mana sahaja. Jangan pula kita sibuk bersaing namun menyakitkan hati individu yang lain. Selain itu kita asyik bersaing dan tidak langsung memikirkan tentang hati dan perasaan hati individu yang lain. Bersaing biarlah sihat. Jangan bersaing namun banyak yang kita lukakan hati. Biar dapat bersaing namun tidak hilang kawan.
Kenapa perlu bersaing?
Sebenarnya persaingan melahirkan suasana yang segar dan menyeronokkan. Tanpa persaingan keadaan sekeliling kita akan kelihatan hambar dan tiada semangat untuk bekerja seharian. Selain itu, persaingan membaiki kehidupan kita kearah yang lebih baik. Persaingan melahirkan rasa semangat untuk berubah dan sekaligus dapat membaiki kehidupan kita kearah yang lebih baik. Dengan wujudnya persaingan maka lahirlah banyak bijak pandai di negara kita. Allah suka umatnya yang bersaing namun pastikan persaingan yang dibuat mengikut jalan yang benar dan tidak memudaratkan mana-mana individu lain pada masa akan datang.

No comments:
Post a Comment